Friday, June 4, 2021

 Sekali lagi aku rasa sangat bersyukur atas peluang yang Allah buka ruang untuk diriku yang kerdil ini. 

Setelah pelbagai rintangan, akhirnya pada tanggal Februari 2021 aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat phd. Sebenarnya pelbagai rintangan aku hadapi sebelum dapat melanjutkan pelajaran. Allah lebih mengetahui. 

Hari ini 4 Jun 2021, hampir penghujung semester. Banyak sebenarnya tugasan yang perlu diselesaikan. Ini aku cuba selesaikan tugasan untuk subjek UHP 0010. Jika ingin sambung Phd, syarat utama pada semester pertama seorang pelajar harus lulus dengan jayanya subjek ini. Subjek ni ada adik beradik, kita akan ambil sekali dengan MPPU1070 dan MPPU1080 dan pensyarah akan sentiasa tanya anda dari subjek mana? Jawapan yg perlu diberi ialah UHP 0010. Sebab anda akan berada bersama kumpulan Phd anda. 

Hujung semester baru ak faham selepas pensyarah berkali-kali menekankan untuk tonton video briefing yang beliau upload dalam e-learning. Ampunkan saya pensyarah, almaklumlah belajar atas talian. 😅


Apa yang menariknya, aku ada asbab besar kenapa aku sangat berminat belajar sambil mengajar. Salah satunya aku dapat pengalaman sisi seorang pelajar sambil mengajar. Secara tak langsung aku dapat meningkatkan mutu pengajaran aku. 

Contohnya,

Situasi Master

Aku pernah gagal subject Research Method. Tak tahu silapnya di mana. Tapi aku lihat semula semua, assignment tapi apa yang dapat simpulkan, aku kurang faham sebenarnya tentang subjek RM ini.Dan untuk pengetahuan semua RM merupakan ibu kepada semua subjek untuk kau menamatkan master kau. Sekian terima kasih. Terima kasih kepada SV aku, yang tak pernah jemu bimbing aku sehingga RM menjadi subjek yang aku rasa kacang 😆

Perasaan down masa gagal tu kan Allah je tahu. Tapi masa tu aku belajar, macam tu juga situasinya anak murid aku. Gagal tu bukan mereka memang nak gagal tau, tapi pelajaran tu tak sampai dalam pemikiran diorang. Jadi aku sebagai tenaga pengajar perlulah fikirkan cara biar pelajarn tu sampai bukan takat ke fikiran tetapi juga ke hati gitchewww. Akhirnya aku aplikasikan pelbagai inovasi supaya anak aku dapat result yg gemerlapan tau dalam UPSR subjek Bahasa Melayu. 


Situasi Phd.

Wabak memang merubah cara belajar. Akses kendiri tu harus. H.A.R.U.S ya puan-puan. Masa aku mengajar, yalah kita sampaikan ilmu kenapa la murid-murid tak faham? Dah buat video dah buat google meet dah whatsapp 24/7. Ha....Nampak? Ni namanya sisi pandangan pengajar ya.

Tapi bila aku jadi pelajar. Ya, memang susah sejujurnya. Mujur la aku memang suka IT, aku suka belajar dan aku memang suka akses kendiri....👾

Kenapa? Aku whtasapp pensyarah tanpa henti. Dan ramai yang aku hubungi. Malu? Sampai malas nak malu. Sebab banyak sangat link  yang aku kena tahu untuk..

hantar tugasan lain, 

untuk dapat material lain, 

untuk dapatkan info link lain. 

Macam tulah. 

Paling sedih semangat belajar tu tinggi tapi ada term-term yang nak sebut pun tak tahu nak tanya pensyarah pun tak tahu nak tanya apa. Penyudahnya stress..Rasa macam tak nak buat kerja tau.

Dan aku kira itu yang berlaku pada anak murid aku. Kasihan mereka. Budak-budak...

Masalah motovasi secara bersemuka pun sukar nak handle..apa lagi akses kendiri? kalau budak-budak tu faham mungkin sampai la pelajarannya..Nak bertanya? Kena ada keyakinan kot..

Dan aku rasa ini cabaran pelajar sekarang ialah lost in system bukan Sistem Pendidikan tetapi sistem teknologi. Antara mangsa teknologi mungkin?


Tulah serba sedikit tentang pengalaman Semester 1. Pahit dan manisnya. Tapi still manisnya masih banyak la berbnding pahit... Ok setakat ini dulu mungkin kalau ada kerajinan aku tulis lagi tau. 



Friday, October 26, 2018

Omma of cute daughter

Sudah hampir ke penghujung tahun 2018. Tahun pertama menjadi emak.

Bahagianya..Allah sahaja tahu...

Alhamdulillah...

Harini, selepas mendengar khutbah tentang sakit mental. Tergerak hati mahu menulis di laman yang sudah mula bersawang ini.

Tahun ini, mula masuk kerja bulan Februari. Ya, bulan Februari! Dengan anggapan kerja akan berkurang. Halamak.. Kenapa ya ada pemikiran seperti itu? Ternyata meleset ya pemikiran macam itu. Untuk anak kedua nanti harapnya tiadalah berfikiran seperti itu.

Antara pengalaman :
1.Menghadapi fynnaomey demam berkali-kali. (Allah debar rasa bila jaga)

Dan yg paling terbaru bila dia tumbuh gatal-gatal. Lepas tu demam.. Dah baik, demam balik. Tup2 encik suami pula jangkit. Tapi satu malam je. Esok dgn lusa emaknya pula. Hahaha redha jelah.

Ternyatalah org paling kuat antara kami bertiga harus En. Suami.

2. Kerja yang sukar disiapkan.

Tak macam dulu. Bila set hari Isnin siap. Hari Isnin confirm siap. Tapi sekarang siap memang siap tapi selepas drag atas mcam - macam faktor. (Kalau anda sekapal anda akan faham)

3.Bf fully

Alhamdulillah sebenarnya tak pernah letak cita-cita. Cuma tak pernah dalam bayangan nak bagi susu formula. Sampailah satu masa nak campur. Tapi fynnaomey menolak.

Haih banyak lagilah sampai malas nak tulis.

Sekian. 

Monday, August 7, 2017

Macam ini rupanya pengorbanan seorang emak...

Bila kita jadi anak. Kita tak akan sedar besar mana pengorbanan seorang ayah dan ibu sehinggalah kita menggalas tugas yang sama.

Tak menganggap belajar sambil bergelar isteri satu ujian tapi satu cabaran. Ya, satu cabaran.

Siapa menyangka tertulis dalam takdir aku yang bergelar isteri sambil belajar di universiti. Jujur sangat-sangat mencabar sebab baru nak sesuaikan diri dengan perkahwinan. Nak urus kerja lagi, nak urus diri, suami, rumah dan tugasan. Terabur tapi alhamdulillah dah tamat.

Penghargaan memang bukan untuk diri tapi untuk orang-orang yang selalu ada masa aku susah.

TAMAT SATU FASA

Dalam masa yang sama ditakdirkan mengandung. Gembira Allah je tahu. Alhamdulillah. Perasaannya bercampur baur sebab takut tak dapat menjaga diri. Awal kandungan Alhamdulillah beres sehingga tamat belajar tapi bila masuk 5-6 bulan. Hujung tahun sekolah mula sibuk. Raya Aidilfitri...Raya Haji...Baru aku sedar mula susah nak buat kerja dengan laju sebab jujur badan mula berat. Penat sikit demam. Allah je tahu...

Fikiran mula celaru mana nak buat kerja mana nak kemas rumah. Sampai satu tahap aku sangat stres sebenarnya. Tak perlu rasanya aku cerita tentang stress tu.

Kita skip sehinggalah aku jumpa kekuatan yang aku akan sambung phd insyaAllah. Aku akan jadi perempuan yang lebih berdikari. Aku nak meletakkan semua harapan dan doa pada DIA yang Maha Esa. Aku mengharap dia memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk diri aku.

Sepanjang aku belajar menjadi suri rumah, cikgu dan mom to be... Aku bandingkan diri aku yang manja ni dengan arwah emak aku, ibu, dan mak mertuaku. Ya Allah mana datang kekutan diorang tanpa penat besarkan aku melayan kerenah adik beradik aku. Melayan keluarga tanpa merungut-rungut. Padahal, boleh je diorang hidup sendiri biar je bapa aku buat semua tapi diorang tak.

Semoga arwah umi, ibu dan emak mertuaku masuk ke syurga tanpa dihisab. Bila dah menggalas tanggungjawab tu baru aku faham maksud...Sedihnya bila masak tak ada orang nak makan. Kena masak makanan yang ko x nak makan pun tapi dalam keluarga semua makan. Hati memang kena kental.

Tak semua kesedihan perlu dizahirkan. Banyaknya Allah je yang tahu. Bennet dengan Tom.

Haila maulah aku tak jatuh cinta dengan kucing dua ekor tu. Kalau aku sedih rajin diorang hiburkan aku. Bersyukur sangat.

Doakan aku selalu sihat menjalani kehidupan baru ni...


Monday, April 1, 2013

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL



Apa itu Seni?

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.